Sunday, 4 May 2014

Kisah Dajjal



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini suatu bab pada menyatakan al masih dajjal.

Menurut kitab Bahrul Mazi Jilid ke 15 ada 2 hadis hasan lagi shahih yang membicarakan ttg dajjal. Dalam satu hadis dr Ibnu Hurairah y hasan dan shahih” Dari Nabi SAW: Tidaklah terjadinya  kiamat hinggalah bangkit beberapa  orang pembohong dan hampir jumlah mereka itu 30 orang dan semua mengaku mereka itu ialah Rasulullah.” Dalam hadis ni menyebut bahawa sebelum Qiamat berlaku akan zahirlah di muka bumi ni hampir 30 orang dajjal. Dajjal ialah pembohong/pendusta. Dajjal ni menurut y ana faham trbagahagi pd 2. Dajjal trbhagi pada 2 iaitu dajjal sughro dan dajal kubro.

Dajjal y sughro atau kecik ni ialah orang y mengaku dirinya sbg nabi.( Dajjal ni bkn dajjal y sebenar, tapi dajjal y pembohong.)  Maka jumlahnya org y mengaku jadi nabi palsu ini hampir 30 org. Org y pertama kali mengaku sbg nabi wujud ketika zaman Rasulullah masih hidup lg. Iaitu Musailamah Al Kazzab. Berasal dari Najd Yaman.  Dia ni pernah jmpa nabi, tgk kehidupan nabi dan dia blk tmpat dia dan mengaku dirinya nabi ketika nabi hampir2 wafat. Lepas tu Nabi hantar org p sana utk cari Musailamah di Yaman. Belum sempat hantar pasukan nak cari pastu Nabi wafat. Usaha ni pun diteruskan oleh Saidina Abu Bakar As siddiq. Mereka pun brperang dgn pasukan dr Musailamah. Bila brperang pastu pasukan dr Musailamah ni pun berundur dari tempat perang dan kebetulan smpai di Iraq. Kat Iraq pun ada juga perempuan y mngaku sbg nabi iaitu Sujjah dari Iraq. Lepas tu Musailamah ni berkenan dgn Sujjah dan berkahwin.  Lepastu Saidina Abu Bakar hantar Khalid Al Walid p perang mereka berdua dan tangkap mereka hidup2. 

Dalam perjalanan nak blk depa singgah satu tmpat dan pada waktu tu musim sejuk. Lepastu askar p tanya Khalid al Walid nak buat apa sbb cuaca sejuk. Pastu brlaku salah faham. Khalid Al Walid suruh bakar sesuatu nk bg panas. Tapi askar dia faham p bakar trus dua2 org tu. Sampai mati trbakar.
Adapun Dajjal yang besar itu ialah dajjal y sebenar yang mengaku dirinya sbg tuhan.  Matanya buta sebelah. Sebelah mata terkeluar. Macam buah anggur. Di dahi ada perkataan kufur/kafir. Dia akan dibunuh oleh Isa Ibnu Maryam.

Saturday, 3 May 2014

Solat Dhuha dan doa



Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”

Sunday, 13 April 2014

Syair yang membuat Imam Ahmad Menangis.

 
Jika Tuhan bertanya kepada ku
“Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhlukKU
Dan datang padaKU dengan penuh dosa”

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas diriku dikafankan
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?

Aku akan disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (Qiamat)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban. Ya Allah!

Thursday, 3 April 2014

Doa Mengulangkaji Pelajaran


Kelebihan Istighfar



Rasulullah SAW bersabda y terjemahannya:

" Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka"

Riwayat Abu Daud

J O M kawan2 kita sama beristighfar memohon ampun kepada Allah yang Maha Pengampun..

Sunday, 2 March 2014

Pengajaran hidup..

A simple yet beautiful story

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respons tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil menadah tangan dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil berdoa kesyukuran dengan menadah tangan sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia daripada
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
daripada mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri daripada membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian daripada Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at


Posted via Blogaway