Sunday, 13 April 2014

Syair yang membuat Imam Ahmad Menangis.

 
Jika Tuhan bertanya kepada ku
“Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhlukKU
Dan datang padaKU dengan penuh dosa”

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas diriku dikafankan
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?

Aku akan disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (Qiamat)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban. Ya Allah!

Thursday, 3 April 2014

Doa Mengulangkaji Pelajaran


Kelebihan Istighfar



Rasulullah SAW bersabda y terjemahannya:

" Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka"

Riwayat Abu Daud

J O M kawan2 kita sama beristighfar memohon ampun kepada Allah yang Maha Pengampun..

Sunday, 2 March 2014

Pengajaran hidup..

A simple yet beautiful story

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respons tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil menadah tangan dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil berdoa kesyukuran dengan menadah tangan sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia daripada
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
daripada mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri daripada membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian daripada Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at


Posted via Blogaway

Tuesday, 18 February 2014

Nasihat Imam Ghazali

~~Hiduplah engkau sesuka hatimu, kerana engkau pasti akan mati~~

~~Cintailah apa yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya~~

~~Buatlah apa yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan dibalas mengikut amal perbuatanmu~~

{Imam Ghazali}